Syarikat Alim Harmony Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 2004. Pada tahun 2003 pihak pengurusan telah memulakan langkah pertama dalam dunia perniagaan dengan membuka sebuah syarikat buku dengan nama Syarikat Harmoni Books & Stationery.

Dalam jangkamasa yang singkat dengan berkat usaha , kegigihan dan kemantapan strategi disamping peluang yang luas dengan permintaan yang tinggi dalam bidang pendidikkan, Harmoni Books & Stationery telah berkembang maju dan telah dapat meyakinkan pihak pelanggan dengan menawarkan produk yang berkualiti disamping perkhidmatan yang memuaskan .
Memandangkan kita berada dalam persekitaraan pasaran global yang sedang berkembang pesat dan lebih mencabar ,maka pihak pengurusan telah mencadangkan untuk menubuhkan satu syarikat yang lebih mantap dan lebih tersusun.

Impian untuk menubuhkan satu syarikat baru yang lebih mantap telah menjadi kenyataan dengan pekerja yang berpengalaman lebih daripada 15 tahun dalam bidang buku dan alat tulis .Dan Lahirlah Syarikat Alim Harmony Sdn. Bhd pada 30 September 2004 dengan no. rujukan Syarikat 667903-K di cawanggan utama kami No.32 , Jalan Legenda 2 ,Lagenda Heights , 08000 Sungai Petani, Kedah .

Misi Syarikat

Misi utama syarikat Alim Harmony Sdn. Bhd. adalah untuk membekalkan produk- produk yang berkualiti melalui perkhidmatan yang bermutu.

Oleh yang demikian pihak pengurusan telah meletakkan moto syarikat iaitu kualiti barang dan keputusan pelanggan adalah kejayaan kami . Bagi merealisasikan misi ini, pihak pengurusan syarikat komited dan prihatin terhadap setiap kehendak pelanggan dan persekitaraan pasaran.

Jenis-Jenis Perniagaan

1. Bahan Bacaan
Pembekalan bahan-bahan bacaan untuk perpustakaan dijalankan samada di sekolah-sekolah, institut-institut, maktab-maktab atau Universiti-universiti di Malaysia.
Buku-buku yang dibekalkan adalah seperti berkaitan dengan akademik, Buku Rujukan Matapelajaran , Novel- Novel , Cerita Fiksyen , Non Fiksyen ,pengetahuan Am , Agama , Bidang Politik , Sejarah dan lain-lain lagi.

2. Alat Bantuan Mengajar (Teaching Aids)
Bahan-bahan ini turut dibekalkan untuk membantu tenaga pengajar samada pihak sekolah ataupun institut untuk mengajar matapelajaran dalam bidang berkenaan .Bahan-bahannya ialah seperti Carta-carta Bentuk Model Sains, alat-alat mewarna dan sebagainya.

3. Alat-Alat Perabut Untuk Sekolah Dan Institut
Alat-alat perabut yang dibekalkan ialah seperti Rak Buku , Rak majalah , Rak suratkhabar, Papan Putih (White Board) dan lain-lain.

4. Alat –Alat Tulis
Barang –barang ini juga dibekalkan termasuk kertas ‘A4 paper’ samada kepada pejabat kerajaan atau pejabat Swasta.

5. Peralatan Dan Pakaian Sukan
Barang –barang ini juga dibekalkan ke sekolah dan institut-institut

6. Cenderamata Dan Hadiah
Barang-barang ini juga dibekalkan ke sekolah –sekolah institut-institut

7. Bekalan Mesin-mesin Pejabat
Bekalan untuk pejabat-pejabat seperti mesin fotokopi , Almari Besi (Locker), “Laminating Machine” , “Scanner” dan lain-lain lagi.

8. Pakaian Uniform sekolah
Membekal semua pakaian uniform sekolah untuk sekolah Rendah , Sekolah Menengah dan institut-institut seperti pakaian PBSM , PENGAKAP , KRS/TKRS , PANDU PUTERI ISLAM , TUNAS PUTERI ,RENJER , KADET BOMBA , dan lain-lain lagi beserta dengan AKSESORISNYA.

You Are Visitor Number 6182
HOME I BOOK/STATIONERY I UNIFORM/OTHER SERVICE I CONTACT US I LOCATION MAP    Powered By e2Pages.com. All rights reserved.